BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Heart


Monday, February 28, 2011

teringt kan die...!!hate it~~='(..nukilanku!!hnye kenangann~~

Bismillahirrahmanirrahim.

Sygku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai insan yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu syg..

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara insan yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat insan yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sygku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu.

Sygku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu...:))

0 comments: